BANGI, 8 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Keretapi Tanah Malayu Berhad (KTMB) akan melanjutkan perkhidmatan tren komuter sempena ambang Tahun Baharu pada Ahad ini.
KTMB dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan perkhidmatan KTM Komuter dilanjutkan khusus bagi memberi kemudahan pengangkutan kepada orang ramai meraikan sambutan Ambang Tahun Baharu 2018 di sekitar ibu negara.
“Tiga buah stesen KTM Komuter yang dilanjutkan waktu operasi sehingga perkhidmatan tambahan terakhir tamat adalah stesen Bank Negara, Kuala Lumpur dan KL Sentral.
“Penumpang dinasihatkan menggunakan Kad Komuter Link atau Touch n’ Go untuk memastikan perjalanan lancar semasa pulang,” kata kenyataan itu.
Menurut KTMB, jadual waktu tambahan tersebut boleh didapati di laman sesawang rasmi KTM Berhad www.ktmb.com.my atau Twitter rasmi KTM Berhad @ktm_berhad.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 03-22671200.
The post KTMB lanjutkan perkhidmatan tren sempena Tahun Baharu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di KTMB lanjutkan perkhidmatan tren sempena Tahun Baharu
0 Komentar untuk "KTMB lanjutkan perkhidmatan tren sempena Tahun Baharu"