Gema Semua Maklumat

Masjid Wilayah jadi ‘masjid angkat’ Al-Aqsa

Masjid Wilayah jadi ‘masjid angkat’ Al-Aqsa

KUALA LUMPUR, 22 Rabiulawal 1439H, Isnin – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, hari ini mengumumkan Masjid Wilayah dijadikan ‘masjid angkat’ kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Beliau berkata, pengumuman itu ialah sebagai tanda solidariti kepada masjid Al-Aqsa yang kini berhadapan ancaman.

“Keputusan menjadikan Masjid Wilayah Persekutuan sebagai ‘masjid angkat’ kepada masjid Al-Aqsa juga dipersetujui dan amat dihargai oleh pihak masjid berkenaan menerusi sepucuk surat yang diutuskan kepada MyAqsa,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Beliau mengumumkan perkara itu dalam Forum Antarabangsa MyAqsa bertajuk 100 Tahun Musibah Balfour yang dianjurkan di Masjid Wilayah Persekutuan.

Minggu lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan mahu memindahkan kedutaan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Pengumuman itu dikecam seluruh negara Islam malah Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan turut mahu memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel susulan keputusan itu.

The post Masjid Wilayah jadi ‘masjid angkat’ Al-Aqsa appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Masjid Wilayah jadi ‘masjid angkat’ Al-Aqsa
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Masjid Wilayah jadi ‘masjid angkat’ Al-Aqsa"

Back To Top