Gema Semua Maklumat

Tun M, isteri pulangkan dua pingat, darjah kebesaran Selangor

Tun M, isteri pulangkan dua pingat, darjah kebesaran Selangor

BANGI, 22 Rabiulawal 1439H, Isnin – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mengembalikan semula pingat dan darjah kebesaran tertinggi yang diterima daripada Sultan Selangor.

Menurut laporan portal The Malaysian Insight, sumbernya dipetik sebagai berkata, Dr Mahathir memulangkan dua pingat termasuk satu darjah kebesaran tertinggi negeri tu pada petang Khamis lepas.

Dilaporkan, kedua-dua pingat masing-masing diterima pada 1978 dan 2003 itu diserahkan kepada seorang pegawai kanan di pejabat Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam.

Bagaimanapun, sumber enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan kecewa dan murka atas ucapan Dr Mahathir yang didakwa menghasut rakyat dan menghina masyarakat Bugis.

Ia berikutan selepas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berucap pada Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi di Petaling Jaya pada 14 Oktober lalu.

The post Tun M, isteri pulangkan dua pingat, darjah kebesaran Selangor appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Tun M, isteri pulangkan dua pingat, darjah kebesaran Selangor
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tun M, isteri pulangkan dua pingat, darjah kebesaran Selangor"

Back To Top