Gema Semua Maklumat

PAU 2017: Pimpinan UMNO mesti bawa usul suruh Najib berundur, kata Muhyiddin

PAU 2017: Pimpinan UMNO mesti bawa usul suruh Najib berundur, kata Muhyiddin

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 15 Rabiulawal 1439H, Isnin – Pucuk pimpinan UMNO sepatutnya mengambil kesempatan membawa usul tergempar pada perhimpunan agung yang bakal diadakan minggu ini, meminta Presiden yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan, sekiranya serius mahu mempertahan kedudukan parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pucuk pimpinan dan ketua-ketua bahagian boleh mengadakan perbincangan secara senyap untuk membawa usul berkenaan.

Bekas pemimpin kedua tertinggi UMNO itu berkata, sekiranya parti Melayu itu mahu terus mengekalkan kedudukannya yang dominan dalam kalangan pengundi, ahli dan pucuk pimpinan perlu mendesak Najib berhenti sebagai Presiden dan Perdana Menteri.

“Tetapi adakah ianya berlaku? Tidak, kerana dedak dan takut. Kalau UMNO nak berjuang untuk Melayu dan negara, itu adalah peluang memberitahu Najib kamu patut berhenti.

“Saya percaya ini tak akan berlaku, sebaliknya mereka (ahli UMNO) melaung sumpah taat setia dan menyokong Najib sebagai Presiden dan Perdana Menteri,” katanya ketika berucap pada Jelajah Semarak Bersatu di Ipoh, semalam.

Menerusi ucapan sama, Muhyiddin turut mempertikaikan kenyataan Najib dan menyifatkannya sebagai keterlaluan apabila bercakap mengenai pertumpahan darah.

“Ketua Penerangan tunjuk pada saya ini macam amanat presiden dalam PAU yang akan diadakan tidak lama lagi. Yang antara lain saya nak sebut dikatakan bahawa orang-orang Melayu dalam UMNO mesti sanggup bertumpah darah iaitu shed blood.

“Kita akan mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional sehingga ke titisan darah yang terakhir dan bersedia untuk bertumpah darah,” katanya.

Katanya, apa yang dikatakan oleh Najib itu jelas menunjukkan hasutan dan jika ia diungkapkan oleh pihak lain khususnya pembangkang, pasti tidak teragak-agak dikenakan tindakan undang-undang.

“Kalau aya berdiri dan kata let’s us stand up dan shed blood. Atau Hindraf kata begitu, MCA kata shed blood, DAP kata shed blood. Tetapi semua tidak cakap, yang cakap begitu adalah ketua negara.

“Dia kata mesti bersedia untuk bertumpah darah dan dia tahu jika dia kalah akan masuk penjara. Sebab itu dia minta bersumpah untuk bertumpah darah pertahankan kedudukan dia dahulu, bukan negara atau UMNO dan BN.

“Ini lebih daripada sedition. Saya nak dengan jika Ketua Polis Negara berani tampil dan menahan Najib. Malangnya tiada,” katanya.

The post PAU 2017: Pimpinan UMNO mesti bawa usul suruh Najib berundur, kata Muhyiddin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di PAU 2017: Pimpinan UMNO mesti bawa usul suruh Najib berundur, kata Muhyiddin
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "PAU 2017: Pimpinan UMNO mesti bawa usul suruh Najib berundur, kata Muhyiddin"

Back To Top