YORKSHIRE, 15 Rabiulawal 1439H, Isnin – Satu fenomena yang disebut sebagai ‘Supermoon’ telah mencerahkan langit malam di seluruh United Kingdom kerana ia berkedudukan lebih dekat dengan Bumi.
Seorang ahli astronomi di Balai Cerap Diraja Greenwich, Tom Kerss berkata, bulan penuh kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang daripada biasa.
“Bulan akan mencapai titik tertinggi di atas ufuk pada waktu tengah malam waktu tempatan. Dengan cuaca yang baik, ia akan muncul dengan jelas dan terang,” katanya.
Bulan penuh adalah 222,761 batu dari Bumi, lebih dekat daripada purata 238,900 batu.
Kerss berkata, orang ramai mungkin berfikir bulan kelihatan luar biasa besar, tetapi ini adalah ilusi yang dicipta dalam minda apabila ia kelihatan dekat dengan ufuk.
Namun, perubahan dalam saiz jelas bulan di orbitnya tidak dapat dilihat oleh mata kasar tanpa bantuan.
“Ia selamat untuk melihat secara langsung pada bulan purnama, walaupun dengan teleskop atau teropong.
Supermoon pertama tahun ini dapat dilihat pada 12 Januari dan yang kedua adalah pada 3 November. – Agensi
The post Supermoon ketiga tahun ini appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Supermoon ketiga tahun ini
0 Komentar untuk "Supermoon ketiga tahun ini"