Gema Semua Maklumat

Rafizi kantoi fitnah, Raslan Dahlan bukan abang saya, kata Rahman Dahlan

Rafizi kantoi fitnah, Raslan Dahlan bukan abang saya, kata Rahman Dahlan

oleh Che Siti Rekembang Hasbi

BANGI, 22 Rabiulawal 1439H, Isnin – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli didakwa sebagai seorang pembohong tegar bersiri ‘Compulsive Serial Liar’ yang tidak pernah takut kepada Allah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang membuat dakwaan tersebut berkata, sekali lagi Rafizi secara sengaja merekacipta satu pembohongan besar untuk mengelirukan rakyat dalam kerakusan beliau memfitnahnya, kerajaan BN dan Datuk Seri Najib Razak.

“Saya baru sahaja dimaklumkan mengenai sidang media tersebut yang menuduh saya melantik abang saya sebagai kontraktor pelaksana Expo NegaraKu.

“Rafizi mengatakan bahawa dia telah membuat penyiasatan dan penyelidikan dan dengan yakin menyatakan dia mempunyai bukti yang kukuh bahawa saudara Raslan Dahlan, Ketua Pegawai Ekskutif PICO Integrated Exhibit Sdn Bhd, adalah abang kepada saya,” kata Rahman Dahlan dalam satu kenyataan hari ini.


Justeru, Rahman Dahlan akan berbincang dengan peguam dalam masa yang terdekat untuk mengambil tindakan undang-undang selanjutnya terhadap Rafizi.

Dalam masa yang sama, beliau turut berharap kepimpinan pakatan harapan dapat mengeluarkan arahan agar Rafizi segera menutup mulut kerana pembohongan Rafizi ini turut mengaibkan pakatan berkenaan.

“Rakyat juga perlu membuka mata terhadap pembohong tegar bersiri ini kerana penyakit berbohong dia ini tidak dapat diubati lagi,” katanya.

Difahamkan, Rafizi mengutarakan dakwaan berkenaan dalam satu sidang media.

The post Rafizi kantoi fitnah, Raslan Dahlan bukan abang saya, kata Rahman Dahlan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Rafizi kantoi fitnah, Raslan Dahlan bukan abang saya, kata Rahman Dahlan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Rafizi kantoi fitnah, Raslan Dahlan bukan abang saya, kata Rahman Dahlan"

Back To Top