KUALA LUMPUR, 19 Syawal 1438H, Khamis – Seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun dari Kampung Lebor, Serian, Sarawak, hari ini disahkan meninggal dunia ini akibat wabak rabies atau penyakit anjing gila.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhirnya jam 2.16 petang tadi.
Beliau berkata, sehingga hari ini sebanyak empat kes disahkan rabies di Serian dan tiga daripada mereka yang dijangkiti wabak itu telah meninggal dunia.
“Satu kes lagi iaitu kes keempat sedang dirawat di wad PICU Hospital Umum Sarawak dan dalam keadaan kritikal. Tiada kes rabies baru dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Memberi saranan bagi menangani perkara itu, Noor Hisham berkata, aktiviti Active Case Detection (ACD) diadakan bagi mengesan kes gigitan anjing di kawasan kejadian wabak rabies oleh Pejabat Kesihatan Serian bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak.
Menurut beliau, aktiviti itu telah dilaksanakan di 96 penempatan yang melibatkan sebanyak 5,663 rumah dan temuduga ke atas 21,978 penduduk bagi sejarah gigitan anjing.
“Sebanyak 225 kes gigitan anjing telah dikesan di kawasan wabak Daerah Serian dan telah diberikan rawatan. Aktiviti pendidikan kesihatan berkaitan rabies juga telah diberi kepada penduduk kampung berkenaan,” katanya.
The post Kanak-kanak perempuan mangsa ketiga rabies meninggal dunia: KP Kesihatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kanak-kanak perempuan mangsa ketiga rabies meninggal dunia: KP Kesihatan
0 Komentar untuk "Kanak-kanak perempuan mangsa ketiga rabies meninggal dunia: KP Kesihatan"