KUALA LUMPUR, 19 Syawal 1438H, Khamis – Syarikat telekomunikasi, U Mobile memaklumkan akan berlaku gangguan perkhidmatan dari pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi pada 18 Julai, 3, 8 dan 9 Ogos ini.
Dalam satu kenyataan media, ia berkata, gangguan perkhidmatan itu adalah disebabkan oleh kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan sistem secara berkala.
“Perkhidmatan akan pulih sepenuhnya pada 10 Ogos 2017. U Mobile memohon maaf atas sebarang masalah yang dialami.
“U Mobile komited dalam memastikan usaha menaik taraf dan menyelenggara sistem selesai dengan gangguan minimum kepada pelanggan,” kata kenyataan itu hari ini.
Gangguan perkhidmatan itu dijadualkan seperti berikut:
18 Julai 2017 (12 tengah malam hingga 6 pagi).
3 Ogos 2017 (12 tengah malam hingga 6 pagi).
8 Ogos 2017 (12 tengah malam hingga hingga 6.30 pagi).
9 Ogos 2017 (12 tengah malam hingga pukul 6.30 pagi).
Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan U Mobile 018-388 1318.
The post U Mobile akan mengalami gangguan perkhidmatan selama empat hari appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di U Mobile akan mengalami gangguan perkhidmatan selama empat hari
0 Komentar untuk "U Mobile akan mengalami gangguan perkhidmatan selama empat hari"