Gema Semua Maklumat

Rakyat Palestin di Lubnan terus bantah keputusan Trump

Rakyat Palestin di Lubnan terus bantah keputusan Trump

BEIRUT, 22 Rabiulawal 1439H, Isnin – Bantahan pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel diteruskan berhampiran pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Lubnan.

Keadaan itu menyebabkan pasukan keselamatan Lubnan terpaksa melepaskan gas pemedih mata terhadap ratusan penunjuk perasaan yang membantah keputusan Presiden Donald Trump, Rabu lalu.

Menurut laporan al-Jazeera, ratusan rakyat Palestin bertempur dengan pasukan keselamatan selepas dihalang masuk ke Kedutaan AS.

Pasukan keselamatan dilaporkan mengepung sekeliling kawasan kedutaan dan melepaskan meriam air bagi menghentikan ratusan penunjuk perasaan yang berada 3 kilometer daripada bangunan itu.

Sejak 1947, kira-kira 450,000 rakyat Palestin berada di Lubnan selepas melarikan diri daripada rejim Israel dan berlindung di 12 kem pelarian negara itu.- Agensi

The post Rakyat Palestin di Lubnan terus bantah keputusan Trump appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Rakyat Palestin di Lubnan terus bantah keputusan Trump
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Rakyat Palestin di Lubnan terus bantah keputusan Trump"

Back To Top