Gema Semua Maklumat

Rakyat Palestin terus berhimpun bantah keputusan Trump

Rakyat Palestin terus berhimpun bantah keputusan Trump

SEMENANJUNG GAZA, 12 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Ribuan rakyat Palestin terus berhimpun di jalanan di Gaza dan Tebing Barat, empat minggu berturut-turut sebagai membantah pengumuman Washington mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pegawai Kesihatan Palestin berkata, sekurang-kurangnya 50 penunjuk perasaan cedera, kebanyakannya di sempadan Gaza.

Jurucakap tentera Israel mendakwa, rejimnya melancarkan serangan kerana menimbulkan ancaman dan cuba merosakkan pagar keselamatan sempadan.

Dia mendakwa, kira-kira 4,000 rakyat Palestin di seluruh Tebing Barat dan Gaza membaling batu dan bom api ke arah rejim itu.

Di Gaza, penunjuk perasaan melaungkan ‘Mati Amerika, Mati Israel dan Mati Trump’, bagi mengekspresikan rasa marah atas keputusan Presiden Donald Trump pada 6 Disember lalu.

Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada 21 Disember lalu menolak keputusan Trump ke atas Baitulmaqdis, dengan 128 negara anggota menyokong, 35 berkecuali dan 21 tidak mengundi.- Agensi

The post Rakyat Palestin terus berhimpun bantah keputusan Trump appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Rakyat Palestin terus berhimpun bantah keputusan Trump
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Rakyat Palestin terus berhimpun bantah keputusan Trump"

Back To Top