Gema Semua Maklumat

Remaja Palestin tampar tentera didakwa di mahkamah

Remaja Palestin tampar tentera didakwa di mahkamah

TEBING BARAT, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu –  Mahkamah Israel mendakwa aktivis Palestin, Ahed Tamimi atas pertuduhan menghina tentera, termasuk membuat serangan secara kasar. 

Ahed didakwa di Mahkamah Tentera Penjara Ofer berhampiran bandar Palestin di Ramallah, semalam. 

Pendakwa Raya memaklumkan, mereka berhasrat untuk mendakwa remaja itu atas beberapa tuduhan termasuk serangan yang teruk dan menghina tentera. 

Ahed Tamimi adalah gadis yang lantang dan tegas dalam menyuarakan bantahan pendudukan haram Israel ke atas bumi Palestin.

Dia ditangkap selepas rejim Zionis menceroboh masuk rumah keluarganya. Ia susulan rakaman video yang menunjukkan dia menampar seorang tentera rejim Zionis tular di media sosial.

Ahli keluarganya, termasuk ibu bapa Ahed Tamimi turut ditangkap kerana cuba menyatakan pembelaan kepada anak mereka. – Agensi

The post Remaja Palestin tampar tentera didakwa di mahkamah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Remaja Palestin tampar tentera didakwa di mahkamah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Remaja Palestin tampar tentera didakwa di mahkamah"

Back To Top