BEIRUT, 25 Rabiulawal 1439H, Khamis – Sekurang-kurangnya 23 orang awam Syria, termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS) di wilayah timur Dayr al-Zawr.
Menurut kumpulan pemerhati yang berpangkalan di United Kingdom (UK) berkata, berdasarkan jumlah berkenaan, lapan kanak-kanak dan enam wanita disahkan mangsa korban dalam kejadian awal pagi semalam.
“Sekurang-kurangnya 23 orang awam, antara mereka lapan kanak-kanak dan enam wanita terbunuh dalam kejadian awal pagi serangan udara antarabangsa diketuai AS, menyasarkan sebuah perkampungan dikuasai Daesh di Sungai Euphrates,” kata kumpulan itu.
Menurut kumpulan itu, semua mangsa yang terbunuh adalah ahli keluarga sama yang berlindung daripadan serangan tersebut.
Gabungan antarabangsa yang diketuai AS telah melakukan serangan udara kononnya menyasarkan militan Daesh di Syria sejak September 2014, tanpa sebarang kebenaran daripada pemerintah Damsyik atau mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Gabungan berkenaan berulang kali dituduh menyerang dan membunuh orang awam, bahkan gagal mencapai matlamat untuk memusnahkan militan Daesh.- Agensi
The post Syria: 23 orang awam terbunuh serangan udara sekutu AS appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Syria: 23 orang awam terbunuh serangan udara sekutu AS
0 Komentar untuk "Syria: 23 orang awam terbunuh serangan udara sekutu AS"