Gema Semua Maklumat

Tiga peserta larian di Klang cedera dirempuh kereta

Tiga peserta larian di Klang cedera dirempuh kereta

SHAH ALAM, 21 Rabiulawal 1439H, Ahad – Seorang parah manakala dua lagi peserta larian Maraton Antarabangsa Bandar Klang cedera selepas dilanggar sebuah kereta Proton Iswara dari belakang di Batu 2, Jalan Kapar, Klang, awal hari ini.

Mangsa dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 4.30 pagi tadi dikenal pasti sebagai Evelyn Ang Gek Suan , 44, Amiruddin Hamid, 37 dan Ahmad Hadafi Jus, 42.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata peserta sebelum itu memulakan larian mereka dari Stadium Pandamaran, Klang dan melalui beberapa tempat di kawasan Klang Utara.

Ang parah di bahagian kepala dan rahang, Amiruddin cedera di kepala dan Ahmad Hadafi mengalami kecederaan di kaki, manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya dalam kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp.

Mazelan berkata, siasatan awal pihaknya mendapati pemandu tidak berada dalam keadaan mabuk semasa kejadian dan ujian air kencing turut mendapati negatif bagi dadah.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.- Bernama

The post Tiga peserta larian di Klang cedera dirempuh kereta appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Tiga peserta larian di Klang cedera dirempuh kereta
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tiga peserta larian di Klang cedera dirempuh kereta"

Back To Top