Gema Semua Maklumat

Ucapan Zahid lebih ‘forward looking’ berbanding Najib

Ucapan Zahid lebih ‘forward looking’ berbanding Najib

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 20 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Ucapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Perhimpunan Agung Umno 2017 tampak lebih ‘forward looking’ berbanding ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, meskipun ucapan kedua-dua pimpinan UMNO itu tidak terlalu memberi idea baharu dalam konteks masa depan negara, namun Zahid dilihat lebih memberi penekanan kepada jati diri, kesiapsiagaan terhadap cabaran kini dan masa depan berbanding Najib.

Beliau berkata, Najib lebih banyak mengimbau masa lepas dan kejayaan-kejayaan yang dibuat kerajaan dengan menyatakan projek dan peluang pekerjaan yang telah diwujudkan.

“Mungkin kerana takut rakyat lupa. Secara umumnya, Zahid dilihat lebih “forward Looking” berbanding dengan Najib,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, mengulas dari segi bahasa dan aspek agama Islam pula, Aminuddin berkata, Zahid berjaya membawa banyak istilah yang menarik dan berbentuk Islam dan kemelayuan dengan tajuk “Lembayung Arjana Bangsa”.

“Penyusunan ayatnya juga agak indah sedangkan Najib mengungkapkan setiap kalimah dengan nada bersahaja.

“Isu agama Islam juga lebih ditekan oleh Zahid dengan menitikberatkan kepentingan sistem pendidikan Islam dipelihara dan diperkukuhkan demi menjamin kelestarian peribadi umat.

“Manakala Najib lebih menekankan faedah kewangan yang kerajaan beri kepada institusi agama sebagai bukti keperihatinan kerajaan kepada agama Islam.

“Ini agak mengecewakan kerana selaku pemimpin nombor satu maka sudah tentu umat Islam mengharapkan penegasan yang lebih daripada Najib,” katanya.

Bukan itu sahaja, institusi Raja turut diberikan penekanan sewajarnya oleh Zahid sebagai sebuah institusi keramat orang Melayu dan perlu dipertahankan sedangkan Najib tidak menyebutnya langsung.

“Mungkin kerana perbezaan latar belakang masing-masing yang seorang daripada keturunan marhaen manakala seorang lagi keturunan bangsawan.

“Apapun terpulang kepada rakyat menilai ucapan-ucapan mereka ini mengenai sejauh mana pimpinan UMNO berjaya meyakinkan tentang masa depan cucu cicit mereka nanti.

“Atau ia hanya sekadar ucapan kempen untuk memenangi pilihan raya,” katanya.

The post Ucapan Zahid lebih ‘forward looking’ berbanding Najib appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Ucapan Zahid lebih ‘forward looking’ berbanding Najib
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Ucapan Zahid lebih ‘forward looking’ berbanding Najib"

Back To Top