Gema Semua Maklumat

Kekuasaan menghazaf wajah fuqaha.

Kekuasaan menghazaf wajah fuqaha. -
 
Abdul Malik bin Marwan, sebelum dilantik jadi khalifah dlm kerajaan Bani Umayyah, adalah salah seorang pemuda yang rajin beribadat, zuhud, dan termasuk fuqaha yang sentiasa melazimi masjid di kota Madinah. A'masy meriwayatkan daripada Abu Az-Zanad katanya: Fuqaha Madinah ada 4 iaitu Said Al-Musayyab, Urwah bin Zubair, Qubaidhah bin Zuaib dan Abdul Malik bin Marwan.

Ketika sampai kepadanya berita perlantikannya sebagai pengganti Marwan bin Al-Hakam, beliau sedang memegang Al-Quran dan membacanya. Lalu dia menutupnya sambil berkata:

"Selamat tinggal...nampaknya sampai di sini sahaja hubungan kita".

Riwayat perkataannya ini tidaklah dpt aku pastikan kesahihannya. Tetapi ia dicatatkan dalam Tarikh Baghdadi.Namun, hakikat bahawa dia adalah satu daripada kalangan fuqaha Madinah diakui dalam kitab rijal.

Kerana begitu ganasnya pusaran politik dan kekuasaan, seorang tokoh ulama sehebat Abdul Malik bin Marwan direnggut dari keulamaanya. Dia dibawa terbang menharung perlimbahan penub muslihat dan bergelumang dengan perlumbaan duniawi dan pertumpahan darah.

Hari ini sejarah tidak kenal Abdul Malik sebagai Fuqaha yang setaraf Urwah, Said Musayyib dan lain-lain. Nama sebagai fuqaha telah terlucut daripadanya buat selamanya.


Credit kepada sumber asal Artikel di Kekuasaan menghazaf wajah fuqaha.
Tag : agama
0 Komentar untuk "Kekuasaan menghazaf wajah fuqaha."

Back To Top