Gema Semua Maklumat

UMNO lulus usul jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak dipertandingkan

UMNO lulus usul jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak dipertandingkan

KUALA LUMPUR, 19 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Perhimpunan Agung UMNO 2017 hari ini sebulat suara meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin mengumumkan keputusan itu selepas perwakilan mengundi bersetuju dengan usul yang dicadangkan wakil pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz dan disokong oleh wakil Perak, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin, serta dibahaskan wakil negeri serta jurucakap sayap.

Beliau berkata, mengikut Akta 5 Perlembagaan UMNO, usul yang dibawa wakil Pemuda itu mengajak seluruh kekuatan dan potensi anggota, penyokong UMNO dan komponen BN untuk meningkatkan solidariti bagi memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Namun, ada sedikit pindaan oleh Pemuda iaitu sejajar dengan Fasal 20 Perlembagaan UMNO pindaan perenggan lima dimasukkan perkataan-perkataan berikut.

“Justeru atas semangat kebersamaan dan kesalingan dan bagi memastikan konsep ini dapat direalisasikan, adalah dengan menjadi ketetapan untuk diputuskan dalam sidang kali ini agar jawatan Presiden, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Presiden (Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang,” katanya sebelum menangguhkan persidangan itu sehingga 3 petang. – Bernama

The post UMNO lulus usul jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak dipertandingkan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di UMNO lulus usul jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak dipertandingkan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "UMNO lulus usul jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak dipertandingkan"

Back To Top