Gema Semua Maklumat

Yusuf Estes pula disekat masuk Singapura

Yusuf Estes pula disekat masuk Singapura

SINGAPURA, 13 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Seorang lagi pendakwah Islam dilarang memasuki Singapura, selepas sekatan itu dikenakan ke atas Ismail Musa Menk atau Mufti Menk dan Haslin Baharim pada Oktober lalu.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MAH) mengesahkan sekatan ke atas pendakwah dari Amerika Syarikat (AS) Yusuf Estes, semalam.

Menurut laporan Channel NewsAsia, Yusuf dikenakan sekatan itu pada 24 November lalu, apabila beliau tidak dibenarkan memasuki negara itu ketika di Lapangan Terbang Changi.

MHA mendakwa, larangan itu dibuat berikutan pandangan Yusuf bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat berbilang kaum dan agama di negara itu.

Menurut kementerian itu, sekatan itu dibuat bagi menjaga keharmonian agama dan sosial di Singapura.

“Mereka tidak boleh diterima dalam konteks masyarakat berbilang kaum dan agama di Singapura,” kata kementerian itu. – Agensi

The post Yusuf Estes pula disekat masuk Singapura appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Yusuf Estes pula disekat masuk Singapura
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Yusuf Estes pula disekat masuk Singapura"

Back To Top