Gema Semua Maklumat

13 maut bot karam di Sumatera

13 maut bot karam di Sumatera

PALEMBANG, 17 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 13 maut selepas sebuah bot penumpang karam di perairan Sumatera, Indonesia.

Ketua Polis Marin Sumatera Selatan, Robinson Siregar berkata, bot yang membawa 55 penumpang itu dikatakan telah berlanggar dengan
ombak besar yang menyebabkannya karam ketika melalui sungai Musi.

Menurutnya, pembantu bot itu telah ditahan untuk disoal siasat sama ada keadaan bot atau faktor kelalaian yang menjadi punca sebenar kemalangan itu berlaku.

“Kini, pihak polis giat mencari kapten bot itu yang terselamat tetapi telah menghilangkan diri,” katanya.

Menurut laporan, semua mayat mangsa nahas itu telah ditemui oleh penduduk di sepanjang tebing sungai berkenaan.

Kemalangan ini dilaporkan kejadian terbaru yang paling buruk berlaku di Indonesia.

Difahamkan, bot menjadi pengangkutan terpenting untuk membawa penumpang ke lebih 17,000 pulau di negara itu. -Agensi

The post 13 maut bot karam di Sumatera appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di 13 maut bot karam di Sumatera
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "13 maut bot karam di Sumatera"

Back To Top