Premis keropok udang guna logo halal rekaan sendiri kena serbu
BANGI, 17 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak menyerbu premis menggoreng dan membungkus keropok udang di Lawan Kuda, Gopeng yang menggunakan logo halal rekaan sendiri.
Keropok udang berkenaan difahamkan tidak mendapat pengesahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Shamsul Nizam Khalil berkata, premis itu sudah beroperasi kira-kira dua tahun dan memperoleh keropok mentah daripada Indonesia.
Berdasarkan siasatan, lelaki berusia 58 tahun dipercayai pemilik perniagaan itu.
Difahamkan, keropok mentah yang diperoleh akan digoreng dan dibungkus di premis berkenaan sebelum dipasarkan di Kawasan Hentian Rehat Dan Rawat (R&R) sepanjang laluan Tapah hingga ke Tanjung Malim.
“Pengesahan awal oleh pegawai JAIPk menyatakan syarikat itu tidak pernah membuat permohonan sijil halal ke atas produk keropok udang itu dan mendapati logo halal digunakan adalah direka sendiri.
“Justeru, pihak kami menyita sebanyak 396 bungkus keropok dan 1,600 plastik pembungkusan yang mempunyai perkataan ‘Halal’ dalam rumi dan jawi dengan nilai keseluruhan sebanyak RM1,786,” katanya seperti dilapor Harian Metro.
Mengulas lanjut Shamsul berkata, premis berkenaan akan dikenaka tindakan mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali.
Sehubungan itu katanya, KPDNKK memandang serius terhadap premis perniagaan yang tidak menggunakan perakuan halal.
The post Premis keropok udang guna logo halal rekaan sendiri kena serbu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di
Premis keropok udang guna logo halal rekaan sendiri kena serbu
0 Komentar untuk "Premis keropok udang guna logo halal rekaan sendiri kena serbu"