Gema Semua Maklumat

25 maut bas jatuh gaung selepas bertembung trak

25 maut bas jatuh gaung selepas bertembung trak

LIMA, 15 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Sekurang-kurangnya 25 maut apabila bas yang dinaiki terjunam kira-kira 100 meter di kawasan tebing selepas bertembung dengan sebuah trak.

Bas berkenaan membawa 53 penumpang, dipercayai dalam perjalanan dari Huacho Peru menuju ke Lima.

Jurucakap polis berkata, Kolonel Dino Escudero berkata, kejadian berlaku di lebuh raya kira-kira 45 kilometer di utara Lima.

“Setakat ini, 25 penumpang disahkan maut, manakala lima lagi cedera. Anggota polis dan bomba kini bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa di lokasi kejadian.

“Kami percaya jumlah kematian dijangka meningkat,” katanya. -Agensi

The post 25 maut bas jatuh gaung selepas bertembung trak appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di 25 maut bas jatuh gaung selepas bertembung trak
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "25 maut bas jatuh gaung selepas bertembung trak"

Back To Top