ATTOCK, 14 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Sekurang-kurangnya enam maut manakala 12 lagi cedera dalam insiden letupan silinder gas di sebuah hospital dalam daerah Attock yang terletak di utara Pakistan, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan.
Insiden di Hospital Ibu Pejabat Daerah itu menyaksikan sebahagian daripada bangunan hospital runtuh susulan letupan silinder gas tersebut, lapor saluran berita tempatan pada malam Isnin yang menyebut mangsa yang maut termasuk wanita dan kanak-kanak.
Polis berkata, punca letupan silinder itu belum dapat dipastikan namun ia mungkin berlaku akibat kebocoran gas.
Laporan itu turut memetik kenyataan saksi bahawa letupan tersebut berlaku di wad wanita dan beberapa pesakit dikatakan terperangkap di bawah runtuhan bangunan. – Bernama
The post 6 maut silinder gas hospital di Pakistan meletup appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di 6 maut silinder gas hospital di Pakistan meletup
0 Komentar untuk "6 maut silinder gas hospital di Pakistan meletup"