Gema Semua Maklumat

Anak babi berkeliaran di jalan raya, pemandu tergamam

Anak babi berkeliaran di jalan raya, pemandu tergamam

TAMBUNAN, 9 Jamadilawal 1439H, Jumaat Satu kemalangan melibatkan sebuah lori yang membawa puluhan anak babi telah berlaku pagi tadi mengakibatkan anak babi tercampak dan berkeliaran di atas jalan raya.

BH Online melaporkan, kejadian yang berlaku di Kilometer 31, Jalan Moyog Penampang-Tambunan itu menyebabkan beberapa pemandu tergamam melihat anak babi di jalan raya.

Dilaporkan pemandu lori berusia 40-an dan kelindannya, 20-an tidak cedera, namun berlaku kesesakan lalu lintas di laluan berkenaan.

Lori itu dalam perjalanan untuk menghantar anak babi ke Pekan Donggongon, Penampang.

Pegawai Bomba Kanan 1 Balai Bomba dan Penyelamat Tambunan, Johnny John Jinuli, berkata ketika kejadian kenderaan dinaikinya bersama pasukan anggota secara kebetulan melalui tempat kejadian.

“Kami dalam perjalanan dari Tambunan ke Penampang, sebelum terserempak dengan kemalangan itu dan menjalankan pemeriksaan,” katanya.

Difahamkan, haiwan itu ditangkap semula dan diangkut menggunakan lori lain, namun ada juga penduduk sekitar yang mengambil anak babi berkenaan.

The post Anak babi berkeliaran di jalan raya, pemandu tergamam appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Anak babi berkeliaran di jalan raya, pemandu tergamam
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Anak babi berkeliaran di jalan raya, pemandu tergamam"

Back To Top