Gema Semua Maklumat

Apa cerita ummat ini?

Apa cerita ummat ini? - Salah orang nampak terang
Salah sendiri tidak dibilang

Ketika musibah menimpa orang
dikatakan itulah balasan petualang

Ketika diri ditimpa malang
dikatakan itu ujian orang berjuang.

Bahtera orang dilambung gelombang
Ditafsir itulah waktunya untuk menyemberang

Bahtera sendiri berkocak goyang
Ditafsir itulah proses saringan bertandang.

Bicara sabda memercik api perang
Mantera cacamarba menitiskan embun tenang.

Para wali melahirkan orang curang
Syaitan-syaitan terbahak riang
Kafir durhaka melahirkan orang terbilang
Para malaikat hairan tercengang.

Apa cerita ummat ini?

Orang lain negaranya lestari
Negara sendiri bertaburan duri
Hati orang suci berseri
Hati sendiri hitam kuali
Orang bergaduh cuma sehari
Kita di sini bergaduh sampai mati

Kala berdagang agama ditunggang
Kala berpolitik bersaing licik
Kala berdakwah asyik seranah
Kala berpangkat lupa berkhidmat
Kala kaya mendabik dada.

Kalau begini
bukan ummatnya nabi.
yang diseru ummati ummati
di pinggir Haud di akhirat nanti.

Credit kepada sumber asal Artikel di Apa cerita ummat ini?
Tag : agama
0 Komentar untuk "Apa cerita ummat ini?"

Back To Top