Gema Semua Maklumat

Banjir: Lapan sekolah di Sabah ditutup

Banjir: Lapan sekolah di Sabah ditutup

BANGI, 15 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Keadaan banjir hari ini memaksa tujuh buah sekolah rendah di Beaufort dan satu di Telupid ditutup.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul berkata, penutupan lapan sekolah berkenaan menjejaskan 754 murid dan 123 guru.

Beliau berkata, penutupan itu adalah berikutan keadaan jalan raya yang tidak boleh dilalui selain kawasan sekolah terjejas ditenggelami banjir.

Memetik New Straits Times, Sekolah yang terjejas di Beaufort adalah SK Pekan Membakut, SK Sinoko, SK Kampung Bambangan, SK Lembah Poring, SK Jabang, SK Lago dan SK Tamalang.

Sementara, SK Inarad di Telupid ditutup sejak semalam ekoran jalan menuju ke sekolah berkenaan tidak dapat dilalui.

Dalam pada itu, SK Karamuak dibuka semula hari ini selepas ditutup semalam.

The post Banjir: Lapan sekolah di Sabah ditutup appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Banjir: Lapan sekolah di Sabah ditutup
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Banjir: Lapan sekolah di Sabah ditutup"

Back To Top