Gema Semua Maklumat

Banjir: Lima sekolah di Sarawak ditutup

Banjir: Lima sekolah di Sarawak ditutup

BANGI, 27 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Lima buah sekolah di Sarawak terpaksa ditutup hari ini kerana dinaiki air selepas hujan lebat berterusan sejak semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan berkata, sekolah yang ditutup adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Sg Bong dan SK Kuala Bok di Baram.

Manakala, tiga buah lagi adalah SK Ng Bon di Sibu, SK Kuala Kenyana di Mukah dan SK Rumah Ranggong di Subis.

Keadaan banjir di beberapa bahagian negeri itu turut menjejaskan lapan sekolah di Subis, Miri, Baram dan Selangau.

“Ia melibat SK Sungai Manong, SK Sungai Kelabit, SK Sungai Seputi, SK Pengarah Enteri, SK Sungai Peking, SK Sungai Anak, SK Sungai Buloh dan SK Iban Union.

“Semua sekolah berkenaan bagaimanapun beroperasi seperti biasa kerana keadaan banjir di kawasan tersebut dianggap selamat untuk murid dan guru,” kata kenyataan itu.

The post Banjir: Lima sekolah di Sarawak ditutup appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Banjir: Lima sekolah di Sarawak ditutup
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Banjir: Lima sekolah di Sarawak ditutup"

Back To Top