Gema Semua Maklumat

Empat militan serang, tawan hotel mewah di Kabul

Empat militan serang, tawan hotel mewah di Kabul

KABUL, 4 Jamadilawal 1439H, Ahad – Empat lelaki bersenjata automatik menyerbu sambil melepaskan tembakan ke arah tetamu Hotel Intercontinental di sini, beberapa jam lalu, sambil pasukan khas Afghanistan mula mengepung kawasan itu.

Empat penyerang berada di dalam hotel itu dan mereka melepaskan tembakan ke arah tetamu. Penyerang bunuh diri juga dipercayai turut serta dalam serangan itu, kata jurucakap Direktorat Keselamatan Afghanistan.

Agensi berita melaporkan, beberapa tetamu hotel mewah di Kabul itu kini dijadikan tebusan, manakala gambar dirakam ketika kejadian menunjukkan ada bahagian bangunan yang terbakar.

Pasukan khas tentera Afghanistan sudah memasuki hotel berkenaan dan bertempur dengan penyerang. Difahamkan, dua penyerang dibunuh.

Hotel Intercontinental Kabul, berada di kawasan tanah tinggi yang menghadap ke Kabul, biasanya dikawal ketat kerana popular dengan pegawai kerajaan dan warga asing.

Ini adalah kali kedua hotel itu diserang. Pada Jun 2011 lalu, serangan semalaman puak Taliban di hotel itu menyebabkan 21 terbunuh, termasuk 10 orang awam.

Dalam kejadian beberapa jam lalu, penyerang dilaporkan menggunakan pelancar bom tangan ketika menyerbu kawasan hotel itu.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, Nasrat Rahimi berkata, tingkat satu dan dua hotel itu sudah dikawal oleh pasukan khas dan beberapa penghuni yang cedera dihantar ke hospital. – Agensi

The post Empat militan serang, tawan hotel mewah di Kabul appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Empat militan serang, tawan hotel mewah di Kabul
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Empat militan serang, tawan hotel mewah di Kabul"

Back To Top