Gema Semua Maklumat

Gempa bumi: Rakyat Malaysia di Indonesia selamat

Gempa bumi: Rakyat Malaysia di Indonesia selamat

BANGI, 7 Jamadilawal 1439H, Rabu – Tiada rakyat Malaysia mengalami kecederaan atau menerima kesan secara langsung akibat kejadian gempa bumi yang menggegarkan Lebak di barat daya wilayah Banten, Indonesia semalam.

Gempa bumi kuat berukuran 6.4 magnitud itu turut dirasai di Jakarta, Bogor, Cianjur, Sukabumi dan Bandung di bahagian Jawa Barat serta beberapa wilayah di Jawa Tengah.

Gegaran berlaku selama kira-kira 40 saat, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya melalui Kedutaan Besar di Jakarta telah berhubung dengan pelajar Malaysia di sekitar ibu negara itu, termasuk Bandung serta Bogor bagi memastikan keselamatan mereka.

Kementerian itu turut menasihatkan rakyat Malaysia di sana supaya sentiasa tenang dan mengikuti berita tempatan bagi mengetahui perkembangan terkini.

“Rakyat Malaysia Indonesia yang memerlukan bantuan konsular juga boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi emel mwjakarta@kln.gov.my atau nombor telefon +62215224947 dan +6281380813036,” kata kenyataan itu.

The post Gempa bumi: Rakyat Malaysia di Indonesia selamat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Gempa bumi: Rakyat Malaysia di Indonesia selamat
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Gempa bumi: Rakyat Malaysia di Indonesia selamat"

Back To Top