KUALA KRAU, 5 Jamadilawal 1439H, Isnin – “Jika mereka tidak mahu kepada Islam biarlah PAS yang memimpin negara. Tugas kita ialah untuk mengajak orang supaya keluar memenangkan Islam. Jika kamu tidak keluar memenangkan Islam, Allah akan menyeksa kamu di akhirat.”
Demikian ditegaskan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucaptama pada Himpunan 12K Jentera Pilihan Raya PAS Negeri Pahang, Fastaqim 2.3 di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, di sini, kelmarin.
Memetik laporan Harakah Daily, beliau berkata:
“Kalau Islam menang, di situ ada pahala tetapi jika Islam kalah, di situ ada dosa. PAS masih memimpin Kelantan dan pernah memimpin Terengganu dan Kedah, kejayaan yang kita perolehi ialah pemerintahan yang bersih.
“Kerajaan PAS berterusan didiskriminasi. Negeri Kelantan pernah diugut supaya tidak melaksanakan hudud dan Terengganu pula ada hasil minyak tetapi dirampas dari negeri. Orang yang melakukan tindakan itu masih menawarkan diri untuk kembali berkuasa.”
Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Malaysia supaya kembali kepada Islam dan memulakan langkah memenangkan PAS supaya dapat menegakkan Islam di Malaysia.
Beliau berkata, Islam itu unik kerana ia satu-satunya agama yang memberi perhatian kepada politik.
Abdul Hadi berkata, pemerintahan Islam juga dapat dijalankan dengan berkesan, walaupun dalam keadaan masyarakat yang majmuk, tetapi, malangnya ada kaum yang dengki dan berusaha menjatuhkan kerajaan Islam.
The post Hadi Awang ajak menangkan Islam, elak seksaan Allah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Hadi Awang ajak menangkan Islam, elak seksaan Allah
0 Komentar untuk "Hadi Awang ajak menangkan Islam, elak seksaan Allah"