BANGI, 15 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang dijangka berterusan di empat negeri sehingga jam 8 malam ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan cuaca buruk itu dijangka menjejaskan beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor.
Ia membabitkan daerah Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, Kedah. Turut terjejas daerah di Perak iaitu Kerian, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta serta Kampar.
Di Johor, keadaan sama turut melanda daerah Batu Pahat, Kluang, Johor Bahru, Kulai dan Pontian.
The post Hujan lebat berterusan di empat negeri sehingga malam ini appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Hujan lebat berterusan di empat negeri sehingga malam ini
0 Komentar untuk "Hujan lebat berterusan di empat negeri sehingga malam ini"