Gema Semua Maklumat

Mark Zuckerberg hilang lebih AS$3 bilion selepas ubah Facebook ‘NewsFeed’

Mark Zuckerberg hilang lebih AS$3 bilion selepas ubah Facebook ‘NewsFeed’

NEW YORK, 27 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Saham syarikat rangkaian sosial gergasi, Facebook Inc jatuh lebih 4 peratus sekaligus berdepan kerugian sebanyak AS$3.3 bilion selepas Ketua Eksekutifnya, Mark Zuckerberg mengumumkan keputusan untuk mengurangkan sebarang spam dan iklan di Facebook ‘NewsFeed’ .

Zuckerberg berkata, beliau mahu menyesuaikan ruangan NewsFeed dengan meningkatkan perkongsian berkaitan rakan serta keluarga pengguna terlebih dahulu, di samping mengurangkan kandungan bukan iklan.

Keputusan beliau itu sekaligus menyebabkan capaian di Facebook Pages menjadi rendah, malah terpaksa menanggung kerugian AS$3.3 bilion.

Perubahan itu diumumkan Zuckerberg berikutan kritikan kemungkinan berita dan maklumat mengelirukan, yang juga mempengaruhi pilihan raya presiden Amerika serta wacana politik di negara-negara lain.

Facebook berkata, sistem terbaharu itu akan menjejaskan kandungan bukan iklan daripada penerbit dan jenama seperti berita serta video, namun tidak mengubah kedudukan pengiklanan berbayar.

Berdasarkan pengiraan Bloomberg, penurunan saham itu secara peribadinya membebankan Zuckerberg, yang secara tidak langsung mengurangkan nilai bersih hartanya kepada AS$74 bilion.

Keadaan itu juga menyebabkan Zuckerberg hilang kedudukannya sebagai individu keempat terkaya di dunia mengatasi pengasas syarikat Zara, Amancio Ortega.- Agensi

The post Mark Zuckerberg hilang lebih AS$3 bilion selepas ubah Facebook ‘NewsFeed’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Mark Zuckerberg hilang lebih AS$3 bilion selepas ubah Facebook ‘NewsFeed’
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Mark Zuckerberg hilang lebih AS$3 bilion selepas ubah Facebook ‘NewsFeed’"

Back To Top