Gema Semua Maklumat

Pemuda Isma anjur ekspedisi Gunung Tahan Februari ini

Pemuda Isma anjur ekspedisi Gunung Tahan Februari ini

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 6 Jamadilawal 1439H, Selasa – Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dengan kerjasama Kelab Sukan iFitness Malaysia (iFitness) bakal menganjurkan ekspedisi menawan Gunung Tahan pada 17 hingga 20 Februari ini.

Pengarah ekspedisinya, Muhammad Al-Amin Mohd Asri berkata, penganjuran ini sebagai pemula kepada Projek 7-Gunung Pemuda, iaitu projek menakluki tujuh gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia (G7).

“Selepas kejayaan Pemuda Isma menawan Gunung Kinabalu pada November 2016, kini kami kembali dengan Ekspedisi Gunung Tahan.

“Ekspedisi kali ini melibatkan aktiviti pendakian gunung selama 4 hari 3 malam, melalui laluan Merapoh – Gunung Tahan – Merapoh.

“Kita buka penyertaan kepada semua rakyat Malaysia khususnya kepada kaum lelaki selari dengan objektif ekspedisi yang mahu meningkatkan sifat kelakian ahli umum Pemuda Isma dari segi ketahanan mental dan fizikal,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Pada masa sama, beliau berharap ekspedisi ini dapat memperkenalkan Pemuda Isma sebagai pertubuhan yang dekat dengan minat sebenar golongan anak muda di Malaysia.

“Saya berharap agar pemuda Malaysia yang aktif dalam sukan lasak seperti mendaki gunung dapat ikut serta bagi meningkatkan sifat kejantanan.

“Sekaligus mereka dapat mempelajari ilmu hutan dan pendakian di samping melatih ketahanan fizikal dan mental.

“Ekspedisi ini diharapkan dapat menjadi cetusan idea, perbincangan dan latihan bagi aktiviti mendaki gunung dan bukit yang boleh diaplikasi di cawangan Isma masing-masing,” katanya.

Bagi mereka yang berminat menyertai Ekspedisi Menawan Gunung Tahan, boleh menghubungi Al-Amin di talian 013-2757753 untuk maklumat lanjut.

The post Pemuda Isma anjur ekspedisi Gunung Tahan Februari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Pemuda Isma anjur ekspedisi Gunung Tahan Februari ini
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pemuda Isma anjur ekspedisi Gunung Tahan Februari ini"

Back To Top