TEBING BARAT, 28 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Seorang pemuda Palestin maut ditembak oleh askar rejim pengganas Israel ketika pertelingkahan di Tebing Barat, semalam.
Ahmad Salim, 24, ditembak di Jayous, di timur Qalqilyah, lapor agensi berita Palestin, Wafa.
Pemuda itu dihantar ke Hospital Darwish Nazzal selepas cedera di kepala dan disahkan meninggal dunia tidak berapa lama kemudian, kata Kementerian Kesihatan Palestin.
Ahmad Salim adalah individu keempat dibunuh rejim pengganas Israel tahun ini.
Tiga lagi mangsa ialah Musab Firas al-Tamimi, 17 tahun dari perkampungan Deir Nitham; Amir Abu Musaed, 16 tahun, ditembak di sempadan Gaza; dan Ali Kaddus, 16 tahun dari Iraq Bureen, sebuah perkampungan kecil di Nablus di Tebing Barat.
Ketegangan di seluruh Palestin tercetus sejak Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada 6 Disember tahun lalu. – Agensi
The post Pemuda Palestin maut ditembak rejim pengganas Israel appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Pemuda Palestin maut ditembak rejim pengganas Israel
0 Komentar untuk "Pemuda Palestin maut ditembak rejim pengganas Israel"