Gema Semua Maklumat

Semakin ramai mangsa banjir di Pahang dibenarkan pulang

Semakin ramai mangsa banjir di Pahang dibenarkan pulang


KUANTAN, 18 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Cuaca panas sejak pagi tadi memberi semangat serta kelegaan kepada mangsa banjir di Pahang.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff, berkata sehingga jam 2 petang, semakin ramai mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah.

Manakala, hanya 4,566 mangsa banjir daripada 1,152 keluarga masih berada di 34 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah di negeri ini.

“Jumlah mangsa banjir di Kuantan semakin berkurangan berikutan air mulai surut dengan 2,918 mangsa daripada 734 keluarga di 16 PPS,” katanya seperti dilapor BH Online.

Sementara itu, daerah Pekan pula mencatatkan 1,392 mangsa daripada 349 keluarga di sembilan PPS, Bera seramai 141 daripada 35 keluarga di lima PPS.

Jumlah di Maran pula 110 orang daripada 31 keluarga di tiga PPS, manakala daerah Temerloh pula hanya seramai lima mangsa daripada tiga keluarga di satu PPS.

“Banjir di daerah Rompin dan Bera sudah pulih sepenuhnya apabila semua PPS sudah tutup dan mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

The post Semakin ramai mangsa banjir di Pahang dibenarkan pulang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Semakin ramai mangsa banjir di Pahang dibenarkan pulang
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Semakin ramai mangsa banjir di Pahang dibenarkan pulang"

Back To Top