RIYADH, 18 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Arab Saudi akan memberi bayaran bulanan sebanyak 1,000 riyal (RM1,063) kepada penjawat awam bagi membantu kos sara hidup yang meningkat.
Selain penjawat awam, anggota tentera yang sedang berkhidmat di Yaman dan terlibat dalam peperangan selama tiga tahun juga akan diberikan bayaran 5,000 riyal (RM5,332)
Arahan yang dikeluarkan Raja Salman itu
adalah berikutan langkah kerajaan yang terpaksa menaikkan harga runcit petrol tempatan dan memperkenalkan cukai nilai tambahan (VAT) ala cukai barang dan perkhidmatan (GST) mulai 1 Januari lalu.
VAT sebanyak lima peratus turut dikuatkuasakan ke atas barangan dan perkhidmatan pada hari sama.
Kerajaan Arab Saudi mahu mengurangkan pergantungan kepada minyak berikutan pergolakan dalam pasaran minyak mentah baru-baru ini.
Negara itu turut merancang untuk menghapuskan subsidi secara bertahap-tahap bagi pelbagai produk tenaga agar ekonominya tidak lagi bergantung kepada sumber minyak, menurut belanjawan 2018. – Agensi
The post Arab Saudi naikkan gaji penjawat awam, bantu kos sara hidup appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Arab Saudi naikkan gaji penjawat awam, bantu kos sara hidup
0 Komentar untuk "Arab Saudi naikkan gaji penjawat awam, bantu kos sara hidup"