BANGI, 24 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Sinar Harian menafikan menyiar sebarang berita mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dipenjarakan jika Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Berita tular dengan masthead akhbar berkenaan memaparkan gambar Najib berserta kenyataan ‘Andai saya (Najib) kalah, saya pasti mengikut jejak Anwar Ibrahim dan mungkin akan mati dalam penjara’.
Akhbar itu berkata, berita berkenaan telah disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan platform Sinar Harian Online.
Menurut Sinar Harian, masthead akbar berkenaan kerap digunakan sebagai penghias berita-berita palsu yang kemudiannya ditularkan.
Ketua Pengarang Sinar Harian, Norden Mohamed berkata, penyiaran berita palsu itu berniat jahat dengan mengaitkan akhbar tersebut.
“Gaya penulisan yang terpapar itu tidak mengikut gaya penulisan (house style) Sinar Harian.
“Kandungan berita itu tidak mengandungi dateline (tempat), tarikh berita ditulis dan tiada ‘watermark’ (cop) Sinar Harian pada foto yang tersiar,” katanya seperti dilapor Sinar Online, hari ini.
The post Sinar Harian nafi keluar berita Najib bakal dipenjarakan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Sinar Harian nafi keluar berita Najib bakal dipenjarakan
0 Komentar untuk "Sinar Harian nafi keluar berita Najib bakal dipenjarakan"