Gema Semua Maklumat

Ski pasir bertukar ski ais

Ski pasir bertukar ski ais

ARAB Saudi bukan sahaja negara padang pasir, kering kontang dan gersang. Sebaliknya, setiap tahun wilayah Tabuk yang berada pada ketinggian 768 meter dari paras laut di barat laut Arab Saudi mengalami cuaca sejuk sehingga mencecah -2°C.

Keadaan itu menyebabkan salji berlaku di kawasan Pergunungan Al-Lawz, menarik orang ramai, terutama golongan belia untuk mengubah permainan ski padang pasir kepada ski ais.

 

Jalan menuju ke kawasan dilitupi salji dipenuhi dengan kenderaan dan orang ramai, sambil mereka menikmati gunung batu yang berubah menjadi putih, selain cuaca sejuk.

Dua kawasan di Alkan dan Al-Lawz mengalami hujan dan salji, yang menarik kehadiran penduduk Tabuk dan wilayah berhampiran.

Minggu lalu, jurucakap Agensi Meteorologi dan Perlindungan Alam Sekitar, Hussein Al-Qahtani berkata, suaca sejuk akan berterusan sehingga minggu depan.

The post Ski pasir bertukar ski ais appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Ski pasir bertukar ski ais
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Ski pasir bertukar ski ais"

Back To Top