Gema Semua Maklumat

Ahed Tamimi dibicara di mahkamah tertutup

Ahed Tamimi dibicara di mahkamah tertutup

BAITULMAQDIS, 28 Jamadilawal 1439H, Rabu – Remaja perempuan Palestin yang menampar askar rejim Zionis, Ahed Tamimi, dibicarakan di mahkamah tertutup, hari ini.

Hakim mahkamah tentera mengarahkan semua wartawan meninggalkan kamar mahkamah, sebelum remaja itu dibawa masuk untuk dibicarakan.

Bagaimanapun, mahkamah kemudian menangguhkan kes itu, menyebabkan remaja 17 tahun itu kini dimasukkan semua ke penjara sementara menunggu tarikh baharu perbicaraan.

Ahed Tamimi ditangkap 19 Disember tahun lalu dalam serbuan waktu malam oleh askar rejim pengganas Israel di perkampungan Nabi Saleh di utara Ramallah.

Beliau berusia 16 tahun ketika ditangkap. Ahed Tamimi ditangkap selepas klip video beliau melawan askar rejim pengganas Israel menjadi tular di media sosial.

Ibu dan sepupunya juga ditangkap kemudian.

Keluarga Tamimi di perkampungan Nabi Saleh terkenal dengan sikap mereka yang menentang pendudukan rejim Zionis di bumi Palestin. – Agensi

The post Ahed Tamimi dibicara di mahkamah tertutup appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada RZ sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Ahed Tamimi dibicara di mahkamah tertutup
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Ahed Tamimi dibicara di mahkamah tertutup"

Back To Top