Gema Semua Maklumat

Bicara kes Cikgu Idzahril 3 Mei

Bicara kes Cikgu Idzahril 3 Mei

BANGI, 3 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Mahkamah Majistret Jawi menetapkan 3 Mei depan tarikh perbicaraan kes guru, Noor Idzahril Ahmad, yang didakwa memukul seorang murid, pada Ogos tahun lalu.

Majistret Hizween Azleena Othman Kamal menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan mengemukakan laporan perubatan pada sebutan akhir kes itu, hari ini.

Peguam yang mewakili Noor Idzahril, Mohd Fadhly Yaacob berkata, pihaknya memohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan paling awa kerana kes ini membabitkan kepentingan awam.

“Kami cadang tarikh perbicaraan pada Mac ketika sesi cuti persekolahan, namun mahkamah mempunyai beberapa kes lain pada waktu itu.

“Setakat ini, kami telah bersedia dengan semua dokumen dan akan memuktamadkan saksi bersama anak guam kami,” katanya seperti dilapor media tempatan. 

Berdasarkan fakta kes, Cikgu Idzahril didakwa memukul murid berkenaan selepas membuat bising ketika dia sedang mengajar di kelas bersebelahan.

Pada 11 Disember lepas, Cikgu Idzahril mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas mangsa yang ketika itu berusia sembilan tahun di Kelas 3 Bestari Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa, Nibong Tebal.

Cikgu Idzahril didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

The post Bicara kes Cikgu Idzahril 3 Mei appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada sitifatimah sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Bicara kes Cikgu Idzahril 3 Mei
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Bicara kes Cikgu Idzahril 3 Mei"

Back To Top