Gema Semua Maklumat

BN anggap PAS ancaman terbesar PRU14 bukan PH

BN anggap PAS ancaman terbesar PRU14 bukan PH

KUALA LUMPUR, 4 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Barisan Nasional (BN) menganggap ancaman utamanya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah PAS dan bukan pakatan harapan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, walaupun PAS menyokong beberapa dasar serta polisi yang diperkenalkan kerajaan Persekutuan, hakikatnya parti itu tetap menjadi musuh utama BN setiap kali PRU.

“Kita mesti bekerja keras dan jangan fikir PAS bukan ancaman hanya kerana ia akan sendirian tanpa sokongan parti lain dalam PH.

“PAS mempunyai penyokong setia, yang melangkau banyak generasi,” katanya seperti dilapor NST.

Mengulas lanjut, beliau berkata, meskipun pertembungan tiga penjuru antara PH dan PAS memihak kepada BN, parti pemerintah tidak harus mengambil ringan.

“Pengundi Cina mungkin menyokong PKR kerana parti itu bukan hanya mewakili orang Melayu.

“Jadi ada masalah di sini, kerana orang Cina akan mengundi PKR, manakala UMNO dan PAS akan bersaing untuk mendapatkan undi Melayu,” katanya.

The post BN anggap PAS ancaman terbesar PRU14 bukan PH appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada ainulillia sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di BN anggap PAS ancaman terbesar PRU14 bukan PH
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "BN anggap PAS ancaman terbesar PRU14 bukan PH"

Back To Top