BANGI, 15 Jamadilawal 1439H, Khamis – Enam penerbangan yang sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terpaksa dilencongkan ke dua lapangan terbang lain berikutan cuaca buruk petang tadi.
Pegawai Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkata, lima penerbangan yang dijangka tiba di KLIA pada 6 petang dan seterusnya, terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
Ia berikutan ribut petir dan hujan lebat yang menjejaskan beberapa bahagian Lembah Klang sejak petang tadi.
Lima penerbangan itu adalah dari Kota Bharu, London, Yangon, Hong Kong dan Kathmandu.
Sementara, penerbangan dari Bangkok yang sepatutnya mendarat di KLIA turut dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
The post Cuaca buruk: Enam penerbangan terpaksa dilencongkan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Cuaca buruk: Enam penerbangan terpaksa dilencongkan
0 Komentar untuk "Cuaca buruk: Enam penerbangan terpaksa dilencongkan"