Gema Semua Maklumat

‘Datin’ tawar datuk, datuk seri Pahang ditahan

‘Datin’ tawar datuk, datuk seri Pahang ditahan

BANGI, 6 Jamadilakhir 1439H, Khamis – Seorang wanita bergelar ‘Datin’ ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes penawaran pemberian gelaran Darjah Kebesaran Negeri Pahang secara tidak sah.

Suspek berusia 60 tahun yang berasal dari Pulau Gadong itu ditahan di perkarangan Balai Polis Malim, Melaka kira-kira jam 3 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superitenden Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, hasil siasatan awal mendapati, suspek memuat naik satu status di Facebook menggunakan akaun bernama Nazzaitulhaida Mohd Ali dengan menawarkan pengambilan gelaran darjah kebesaran Pahang dipercayai sah oleh kerajaan, pada 29 Januari lalu.

Beliau berkata, suspek dalam masa sama memberitahu mereka yang berminat dengan tawaran berkenaan boleh menghantar maklumat peribadi pemohon terlebih dahulu sebelum 20 Februari lalu.

“Tidak cukup dengan itu juga, paparan tersebut turut menyatakan sesiapa berminat dengan gelaran Datuk atau Datuk Seri Pahang boleh menemuinya di Kuantan pada 23 Februari ini di satu lokasi yang akan diberitahu kemudian di samping diberi peluang sama dalam proses tersebut,” katanya seperti dilapor Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya membuat laporan terhadap pemilik laman sosial itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan setelah mengambil kira kepentingan masyarakat dan institusi diraja di negeri berkenaan.

Mohd Wazir berkata, polis merampas sebuah telefon bimbit jenama Xiaomi, Model Mi Max 2, sekeping kad sim My Tune Talk dan Redone.

“Suspek dibawa ke IPD Kuantan untuk tindakan lanjutn dan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan Seksyen 3(1) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017,” katanya.

The post ‘Datin’ tawar datuk, datuk seri Pahang ditahan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada tyrazalhe sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di ‘Datin’ tawar datuk, datuk seri Pahang ditahan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "‘Datin’ tawar datuk, datuk seri Pahang ditahan"

Back To Top