Gema Semua Maklumat

Dua remaja Palestin mangsa korban serangan pengganas Israel

Dua remaja Palestin mangsa korban serangan pengganas Israel

SEMENANJUNG GAZA, 2 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Dua remaja lelaki Palestin disahkan meninggal dunia hari ini, akibat kecederaan serius angkara serangan mortar rejim pengganas Israel ke atas Semenanjung Gaza, semalam.

Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan kematian dua remaja masing-masing berusia 17 tahun itu, yang dikenal pasti sebagai Salam Sabah dan Abu Sheikha.

Menurut saksi, kedua-dua remaja berkenaan cedera parah dalam serangan rejim pengganas Israel di timur Rafah, di selatan Gaza semalam.

Kedua-dua mangsa dilaporkan meninggal dunia di hospital, hari ini.

Semalam, rejim pengganas Israel melancarkan serangan ke atas enam kawasan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di Semenanjung Gaza.

Ia didakwa sebagai tindak balas terhadap letupan peranti berhampiran sempadan selatan Israel-Gaza, awal pagi semalam yang menyebabkan empat anggota rejim berkenaan cedera.- Agensi

The post Dua remaja Palestin mangsa korban serangan pengganas Israel appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada tyrazalhe sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Dua remaja Palestin mangsa korban serangan pengganas Israel
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Dua remaja Palestin mangsa korban serangan pengganas Israel"

Back To Top