Gema Semua Maklumat

Harga petrol, diesel turun lagi minggu ini

Harga petrol, diesel turun lagi minggu ini

BANGI, 5 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Harga runcit minyak petrol dan diesel masing-masing turun antara 6 hingga 7 sen, berkuat kuasa tengah malam ini.

Berdasarkan harga baharu bagi minggu ketiga bulan ini, RON95 turun 6 sen menjadi RM2.17 seliter, manakala RON97 pula turun 7 sen menjadikan ia RM2.43 seliter berbanding RM2.50 seliter minggu lalu.

Sementara diesel juga mencatatkan penurunan 6 sen menjadi RM2.13 seliter berbanding RM2.19 sebelumnya.

Kesemua harga baharu itu berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini sehingga 28 Februari depan.

The post Harga petrol, diesel turun lagi minggu ini appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada tyrazalhe sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Harga petrol, diesel turun lagi minggu ini
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Harga petrol, diesel turun lagi minggu ini"

Back To Top