Gema Semua Maklumat

Ingatkan babi rupanya kambing

Ingatkan babi rupanya kambing

SEEKOR kambing jantan naik minyak yang disangkakan babi, menyerang seorang wanita di Kampung Getam, Kuala Pilah, petang semalam.

Wanita dikenali sebagai Mysha ketika itu meletakkan kereta di hadapan rumahnya. Ketika mengambil barang di tempat duduk penumpang bahagian depan, dia terdengar bunyi haiwan datang dari arah belakang.

Sekilas pandang dia menyangkakan babi hutan dan masuk semula ke dalam keretanya, sebelum keluar melalui pintu satu lagi.

Selepas disiasat dia mendapati kepala kambing itu tersangkut pada stereng keretanya, sebelum meminta bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). – Gambar Facebook

The post Ingatkan babi rupanya kambing appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada RZ sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Ingatkan babi rupanya kambing
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Ingatkan babi rupanya kambing"

Back To Top