Gema Semua Maklumat

Israel masih ingkar resolusi Majlis Keselamatan PBB

Israel masih ingkar resolusi Majlis Keselamatan PBB

TEBING BARAT, 7 Jamadilakhir 1439H, Jumaat – Tel Aviv terus mengingkari resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) apabila meluluskan ribuan lagi rancangan pembinaan unit penempatan haram Yahudi di Baitulmaqdis.

Jawatankuasa Komuniti Perancangan dan Pembinaan Tempatan rejim itu dilaporkan telah bersetuju membina 3,000 unit kediaman baru di penempatan haram Gilo.

Difahamkan, unit penempatan haram yang dirancang itu akan dibina di kawasan seluas 252 kilometer persegi.

Sebelum ini, UNSC meluluskan Resolusi 2334, menyeru Israel supaya segera menghentikan semua aktiviti pembinaan penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis.

Sehingga kini, kira-kira 600,000 penduduk Israel tinggal di lebih 230 penempatan haram yang dibina sejak 1967 di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Palestin mahu Tebing Barat sebagai sebahagian daripada masa depan negaranya, sementara Baitulmaqdis pula ibu negara itu.- Agensi

The post Israel masih ingkar resolusi Majlis Keselamatan PBB appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada tyrazalhe sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Israel masih ingkar resolusi Majlis Keselamatan PBB
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Israel masih ingkar resolusi Majlis Keselamatan PBB"

Back To Top