SHAH ALAM, 25 Jamadilawal 1439H, Ahad – Mana-mana pihak atau individu tidak perlu takut untuk membuat laporan serta memberikan maklumat mengenai kegiatan rasuah dan salah guna kuasa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, suruhanjaya itu sentiasa mengalu-alukan pihak mahupun individu tampil membuat laporan berkaitan kegiatan itu, sekiranya berlaku dalam syarikat, jabatan atau organisasi mereka.
“SPRM ini merupakan agensi yang mewakili rakyat Malaysia. Jika ada isu rasuah dan salah guna kuasa berlaku, maka SPRM lah tempat yang mereka boleh harapkan dan bergantung.
“Kita amat mengalu-alukan mana-mana pihak atau orang perseorangan tampil membuat sebarang laporan atau menyerahkan maklumat berkaitan dengan salah laku itu,” katanya kepada pemberita sempena Program Jimat Belanja Dapur (JBD) di sini, hari ini.
Dzulkifli turut memberi jaminan bahawa pihaknya akan melindungi dan merahsiakan identiti penyalur maklumat atau pengadu.
“Mereka tidak perlu takut kerana laporan dan maklumat yang disalurkan kepada SPRM adalah tertakluk kepada kepada kerahsiaan dan kita akan melindungi nama dan identiti setiap pemberi maklumat,” katanya.
The post Jangan takut buat laporan mengenai rasuah kepada SPRM appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada tyrazalhe sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Jangan takut buat laporan mengenai rasuah kepada SPRM
0 Komentar untuk "Jangan takut buat laporan mengenai rasuah kepada SPRM"