KUALA LUMPUR, 17 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak membenarkan filem kontroversi Bollywood, Padmaavat, kerana ia menyentuh sensitiviti Islam dan elemen negatif mengenai sultan.
Filem mengisahkan pemerintahan abad ke-14 oleh Raja Alauddin Khilji; pemerintah Rajpur, Ratan Singh; dan Ratu Hindu, Padmavati, turut mencetuskan keganasan di India.
Dalam satu kenyataan semalam, KDN memaklumkan Lembaga Penapis Filem (LPF) membuat keputusan tidak meluluskan tayangan filem itu atas alasan jalan ceritanya memberikan gambaran buruk terhadap agama Islam.
Keputusan LPF itu turut dikekalkan oleh Jawatankuasa Rayuan Filem (JKRF) yang bersidang pada 30 Januari lalu, berikutan rayuan yang dikemukakan syarikat pengedar filem berkenaan.
“JKRF membuat keputusan untuk mengekalkan keputusan LPF iaitu tidak membenarkan tayangan filem Padmaavat di Malaysia (Tidak Lulus Untuk Tayangan – TUT),” kata kenyataan itu.
Dalam filem itu, Raja Alauddin Khilji digambarkan sebagai sorang sultan yang sombong, kejam, tidak berperikemanusiaan, licik dengan segala tipu muslihat, tidak dapat dipercayai dan tidak sepenuhnya mempraktikkan ajaran Islam.
Treler filem itu juga menunjukkan ekspresi Raja Alauddin yang agresif, manakala mukanya dikotori darah dan lumpur.
LPF sebelum ini pernah mengharamkan tayangan filem berkaitan Nabi Nuh.
The post KDN haram tayangan filem Bollywood – Padmaavat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di KDN haram tayangan filem Bollywood – Padmaavat
0 Komentar untuk "KDN haram tayangan filem Bollywood – Padmaavat"