Gema Semua Maklumat

Kereta kabel Langkawi rosak, 50 penumpang sangkut di awang-awangan

Kereta kabel Langkawi rosak, 50 penumpang sangkut di awang-awangan

LANGKAWI, 2 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Kira-kira 800 orang pelancong dan petugas terkandas selepas sistem kereta kabel Langkawi SkyCab di sini mengalami kerosakan sejak lewat petang ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar, berkata 50 orang daripada mereka berada di dalam kereta kabel, manakala selebihnya berada di stesen puncak pertama di Gunung Machinchang, yang setinggi 713 meter itu.

Beliau berkata, sepasukan 16 orang petugas Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi yang diketuai Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hisham Ibrahim bergegas ke tempat kejadian di Oriental Village, Teluk Burau di sini selepas dimaklumkan tentang kejadian itu pada jam 6.53 petang ini.

“Setibanya di tempat kejadian pada 7.06 malam, pasukan itu membantu pekerja syarikat kereta kabel untuk membawa alat ganti ke stesen puncak pertama dengan cara mendaki gunung itu,” katanya.

Katanya, kerosakan itu dijangka dapat dibaiki dalam tempoh dua hingga tiga jam. – Bernama

The post Kereta kabel Langkawi rosak, 50 penumpang sangkut di awang-awangan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada RZ sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Kereta kabel Langkawi rosak, 50 penumpang sangkut di awang-awangan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kereta kabel Langkawi rosak, 50 penumpang sangkut di awang-awangan"

Back To Top