Gema Semua Maklumat

Keselamatan pelajar: 400 maahad tahfiz belum daftar

Keselamatan pelajar: 400 maahad tahfiz belum daftar

 

PUTRAJAYA, 30 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Kira-kira 400 maahad tahfiz swasta di seluruh negara digesa untuk segera mendaftar dengan Jabatan Agama Islam negeri masing-masing bagi menjaga keselamatan pelajar institusi itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan rekod Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menunjukkan kira-kira 400 daripada lebih 1,000 sekolah maahad tahfiz di seluruh negara masih tidak berdaftar.

Katanya, punca utama adalah kerana mereka bimbang tidak meme­nuhi garis panduan yang ditetapkan Jabatan Agama Islam negeri masing-masing.

“Saya menyeru semua maahad tahfiz yang tidak berdaftar berbuat demikian walaupun kerajaan tahu syarat yang ditetapkan Jabatan Agama Islam negeri antaranya berkaitan penyelenggaraan bangunan dan tenaga pengajar sukar untuk dipenuhi.

“Namun, syarat iu bukan untuk menyusahkan maahad tahfiz sebaliknya ia bertujuan untuk menjaga kepentingan dan ke­selamatan para pelajar di situ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan 1,836 bantuan alat keselamatan kebakaran kepada maahad tahfiz swasta berdaftar di Bangunan Perdana Putra di sini semalam.

The post Keselamatan pelajar: 400 maahad tahfiz belum daftar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada ainulillia sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Keselamatan pelajar: 400 maahad tahfiz belum daftar
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Keselamatan pelajar: 400 maahad tahfiz belum daftar"

Back To Top