Gema Semua Maklumat

Klip video ‘Like A Dog’: Namewee ditahan selepas beri keterangan

Klip video ‘Like A Dog’: Namewee ditahan selepas beri keterangan

BANGI, 6 Jamadilakhir 1439H, Khamis – Penyanyi rap kontroversi, Wee Meng Chen atau Namewee ditahan polis hari ini, berhubung siasatan ke atas klip videonya yang bertajuk ‘Like A Dog’, baru-baru ini.

Penahanan penyanyi berusia 35 tahun itu dimaklumkan dalam satu kenyataan oleh pengendali laman Facebook Namewee, hari ini.

“Namewee kini telah direman untuk siasatan lanjut. Kami akan memberikan kerjasama pada pihak polis. Terima kasih di atas sokongan semua,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Namewee menerusi akaun Facebook sama memaklumkan bahawa dia berada di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung klip videonya itu.

“Saya tak gentar kerana saya percaya Malaysia mempunyai keadilan,” tulisnya.

Sebelum ini, polis memburu Namewee susulan tindakannya memuat naik klip video terbaharunya bersempena Tahun Baharu Cina yang menggores perasaan dan menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Klip video berkenaan memaparkan sekumpulan individu memakai topeng anjing yang didakwa mengandungi aksi tarian lucah berdekatan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Tindakan biadap itu bukan pertama kali dicetuskan Namawee, malah pernah ditahan sebelum ini menerusi satu muzik video menghina Islam, ‘Oh My God’ pada 2016.

The post Klip video ‘Like A Dog’: Namewee ditahan selepas beri keterangan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada tyrazalhe sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Klip video ‘Like A Dog’: Namewee ditahan selepas beri keterangan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Klip video ‘Like A Dog’: Namewee ditahan selepas beri keterangan"

Back To Top